suria

Timbalan Menteri Pelajaran Tewas Di Batu Pahat

BATU PAHAT: Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Puad Zarkashi tewas mengejut di tangan calon PKR, Datuk Mohd Idris Jausi dengan majoriti 1,732.

Idris yang bertanding buat pertama kali memperolehi 38,667 undi manakala Dr Mohd Puad 36,935 undi.

Sejumlah 1,445 undi telah ditolak kerana dianggap undi rosak.

Dr Mohd Puad Zarkashi adalah penyandang kerusi Batu Pahat menang dengan majoriti 12,968 pada tahun 2008.

Artikel Lain