suria

Zambry Angkat Sumpah Menteri Besar Perak Kali Kedua

Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah menyampaikan watikah perlantikan jawatan Menteri Besar Perak kepada Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir pada Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar di Istana Iskandariah di Kuala Kangsa pada Selasa. -Foto BERNAMA
Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah menyampaikan watikah perlantikan jawatan Menteri Besar Perak kepada Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir pada Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar di Istana Iskandariah di Kuala Kangsa pada Selasa.
-Foto BERNAMA
Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah menyampaikan watikah perlantikan jawatan Menteri Besar Perak kepada Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir pada Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar di Istana Iskandariah di Kuala Kangsa pada Selasa. -Foto BERNAMA

KUALA KANGSAR: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pangkor Datuk Seri Zambry Abd Kadir selesai mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak di Istana Iskandariah dekat sini, kira-kira pukul 10.45 pagi Selasa.

Zambry mengangkat sumpah di hadapan Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah.

Ini bermakna Zambry secara rasmi menjadi Menteri Besar Perak bagi penggal kedua setelah beliau dilantik menerajui pentadbiran negeri ini buat kali pertama pada 2009.

Pemilihan Zambry sebagai Menteri Besar Perak dibuat selepas Barisan Nasional (BN) diberi mandat sekali lagi oleh rakyat untuk menerajui negeri ini.

Beliau menang di Pangkor, kerusi yang disandangnya dengan majoriti 5,124 undi mengalahkan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohd Saifullah Mohd Zulkifli dan calon Bebas Bernard Parenpa.

BN memperolehi majoriti mudah apabila memenangi 32 daripada 59 kerusi negeri pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), Ahad lalu.

Zambry sebelum ini dilantik sebagai Menteri Besar Perak yang ke- selepas kerajaan Pakatan Rakyat tumbang apabila tiga anggotanya mengumumkan keluar parti.

Artikel Lain