suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ahmad Bashah Kekal Di Bakar Bata

ALOR SETAR: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berjaya mengekalkan kemenangannya di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bakar Bata buat penggal kelima berturut-turut dengan majoriti 895 undi.

Ahmad Bashah yang mendapat 11,999 undi menewaskan lawannya daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd Eekmal Ahmad yang memperoleh 11,104 undi.

Sementara itu seorang lagi calon di DUN Bakar Bata, Jawahar Raja Abdul Wahid daripada parti Bersama hanya mendapat 192 undi.

Jawahar hilang wang deposit.

Pada PRU 2008, Ahmad Bashah menang dengan majoriti kecil iaitu 358 undi.

Artikel Lain