suria

Kit Siang Tewaskan Abdul Ghani di Gelang Patah

Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Gelang Patah Datuk Abdul Ghani Othman berbual menerusi telefon setelah mengetahui keputusan rasmi penjumlahan undi bagi kerusi Parlimen Gelang Patah di Persada Johor di sini, awal pagi Isnin. Abdul Ghani tewas kepada calon DAP, Lim Kit Siang. -Foto BERNAMA
Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Gelang Patah Datuk Abdul Ghani Othman berbual menerusi telefon setelah mengetahui keputusan rasmi penjumlahan undi bagi kerusi Parlimen Gelang Patah di Persada Johor di sini, awal pagi Isnin. Abdul Ghani tewas kepada calon DAP, Lim Kit Siang.
-Foto BERNAMA
Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Gelang Patah Datuk Abdul Ghani Othman berbual menerusi telefon setelah mengetahui keputusan rasmi penjumlahan undi bagi kerusi Parlimen Gelang Patah di Persada Johor di sini, awal pagi Isnin. Abdul Ghani tewas kepada calon DAP, Lim Kit Siang. -Foto BERNAMA

JOHOR BARU: Penasihat DAP, Lim Kit Siang menewaskan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Abdul Ghani dengan majoriti 14, 762 undi.

Lim mendapat 54, 284 undi berbanding Abdul Ghani hanya memperoleh 39, 523.

Lim tiba di Dewan Serbaguna Majlis Bandaraya Johor Bharu Tengah ketika menunggu pengumuman rasmi mengenai kemenangannya.

Sementara itu, Pengerusi DAP negeri, Dr Boo Chen Hau mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Skudai menewaskan calon MCA, Liang Ah Chy dengan majoriti 18,050.

Beliau memperoleh 33,692 undi sementara Liang hanya memperoleh 15,642 undi.

BN bagaimanapun mengekalkan kerusi DUN Nusajaya dengan memperoleh 2,210 majoriti selepas calonnya, Dr Zaini Abu Bakar.

Beliau memperoleh 23, 166 undi sementara Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yang tewas hanya memperoleh 20,965 undi.

Artikel Lain