suria

BN Tidak Goyah Susulan Pelbagai Tohmahan, Fitnah - Muhyiddin

Timbalan Perdana MenteriTan Sri Muhyiddin Yassin (tengah) menerima replika bot daripada calon Barisan Nasional (BN) Datuk Dr Awang Adek Hussin (kiri) sebagai simbolik bahtera perubahan di parlimen Bachok pada Majlis Himpunan Rakyat 1Malaysia di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Beris Panchor, Tawang di sini, Rabu. Turut hadir Pengerusi BN Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed (dua, kiri). -Foto BERNAMA
Timbalan Perdana MenteriTan Sri Muhyiddin Yassin (tengah) menerima replika bot daripada calon Barisan Nasional (BN) Datuk Dr Awang Adek Hussin (kiri) sebagai simbolik bahtera perubahan di parlimen Bachok pada Majlis Himpunan Rakyat 1Malaysia di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Beris Panchor, Tawang di sini, Rabu. Turut hadir Pengerusi BN Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed (dua, kiri).
-Foto BERNAMA
Timbalan Perdana MenteriTan Sri Muhyiddin Yassin (tengah) menerima replika bot daripada calon Barisan Nasional (BN) Datuk Dr Awang Adek Hussin (kiri) sebagai simbolik bahtera perubahan di parlimen Bachok pada Majlis Himpunan Rakyat 1Malaysia di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Beris Panchor, Tawang di sini, Rabu. Turut hadir Pengerusi BN Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed (dua, kiri). -Foto BERNAMA

BACHOK: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin menegaskan Barisan Nasional (BN) tidak goyah dengan pelbagai tohmahan dan fitnah yang dilemparkan pakatan rakyat pada hari-hari terakhir menjelang pilihan raya umum ke-13 (PRU13) Ahad ini.

Menurut Muhyiddin, tindakan yang disifatkan sebagai 'desperado' itu merupakan satu usaha untuk menggagalkan hasrat rakyat untuk melihat BN terus menerajui kepimpinan negara.

"Semakin dekat 5 haribulan (Mei), pelbagai tohmahan, fitnah dan bidaah dilemparkan kepada BN. Tapi kami beristiqamah. "Mereka buat begini untuk mengaburi mata rakyat yang menyatakan (kononnya) pakatan mereka akan berjaya untuk menumbangkan BN," kata Muhyiddin.

Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan lebih 20,000 masyarakat pelbagai lapisan pada majlis Himpunan Rakyat 1Malaysia di Sekolah Menengah Kebangsaan Beris Pancor di sini, Rabu. Muhyiddin sekali gus menyelar khabar angin kononnya pakatan rakyat sudah menang PRU-13 sedangkan ia tidak menggambarkan keadaan sebenar.

Beliau turut "membentangkan" laporan situasi lawatan beliau ke seluruh negara yang rata-rata menunjukkan semangat dan aspirasi rakyat untuk melihat B Nterus kekal menerajui negara di samping merebut kembali negeri ditadbir pakatan PKR-PAS-DAP.

Sementara itu, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran dan calon BN untuk kawasan Parlimen Pagoh, Johor memberi jaminan bahawa Bachok akan terus dibangunkan sebagai "lembah ilmu" di Kelantan.

Katanya, sebuah sekolah sains berasrama penuh akan diwujudkan di Bachok jika BN diberi mandat di kawasan itu serta menguasai Kelantan secara keseluruhannya.

"Saya bagi kenyataan di sini, ini bukan janji. InsyaAllah kalau kita menang dan mempunyai kuasa penentu, maka apa yang dipohon (Ketua Umno Bachok) Datuk Dr Awang Adek (Hussin) untuk adakan sekolah sains berasrama akan ditunaikan.

Pada majlis itu, Muhyiddin turut mengajak rakyat berfikir mengenai kegagalan PAS dalam memperjuangkan syiar Islam terutama soal mempertahankan kalimah Allah dan pelaksanaan hukum hudud.

"Kita hari ini kalau terus nak bagi hak dan kuasa kepada PAS untuk mentadbir Kelantan lima tahun akan datang, saya tak tahu apa akan jadi di Kelantan lima tahun akan datang.

"(Mursyidul Am PAS Datuk) Nik (Abdul) Aziz (Nik Mat) tidak boleh terus jadi menteri besar kerana tidak ada keupayaan dan banyak kegagalan, maka bila sampai 5 haribulan (Mei), kita tukar kerajaan (PAS) di Kelantan ini," katanya.

Muhyiddin turut bersalaman dengan rakyat yang hadir untuk melihat lebih dekat pemimpin nombor dua negara itu. -BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain