suria

BN Perak Lancar Manifesto

ORANG MUDA... Penyokong Barisan Nasional, (dari kiri) Nur Rashidah Mohd Baharudin, Kasmiza Borhanul Akbar, Azdasuraiya Azmi dan Ida Nerina Ishomuddin meneliti manifesto yang diedarkan pada pelancaran manifesto Barisan Nasional negeri Perak di Kuala Kangsar pada Isnin. -Foto BERNAMA

KUALA KANGSAR: Barisan Nasional (BN) Perak pada Isnin melancarkan manifestonya bagi peringkat negeri.

Pengerusi BN negeri Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata manifesto yang dilancarkan adalah tambahan kepada manifesto BN pusat yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak 6 April lalu. "Ini bukan janji manis kita untuk rakyat, ia sesuatu yang bersifat realistik yang kita mampu laksanakan terhadap mereka," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran manifesto, dekat sini, Isnin.

Menurut Zambry manifesto ini mengandungi 82 aku janji yang merangkumi lima teras utama.

Lima teras tersebut termasuklah mewujudkan kerajaan inklusif dan menjamin keadilan untuk rakyat, kerajaan stabil bagi menjamin keamanan, kakitangan efektif, berintegriti dan cekap, kerajaan mesra pelabur serta kerajaan terbuka dan mesra masyarakat.

Manifesto bertemakan 'BN Untuk Anda' ini antara lain menawarkan Simpanan Amanjaya RM200 bagi setiap anak yang lahir, 20 meter padu air percuma kepada golongan miskin dan membuka lebih banyak peluang pekerjaan.

Selain itu BN juga berjanji untuk mewujudkan zon ekonomi khas meliputi Kamunting, Kampar, Pantai Remis, Teluk Intan-Bagan Datoh, Lekir-Pasir Panjang. RM3 juta juga diperuntukkan bagi menyokong komuniti Orang Asli, ibu tunggal, OKU dan warga emas kurang berkemampuan yang turut terkandung dalam manifesto ini.

Artikel Lain