suria

Akhbar Baru Sentamil Beri Pendedahan Menyeluruh Bantu Masyarakat India

Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Maglin Dennis D'Cruz (kanan) menunjukan surat akhbar Sentamil selepas pelancaran surat akhbar harian Tamil itu di Bangunan Sultan Abdul Samad di Kuala Lumpur pada Khamis. Turut sama Presiden PPP, Datuk M Kayveas (tiga, kanan).Surat akhbar ini mula diterbitkan sejak Mac lalu dan dijual pada harga RM1 di Semenanjung Malaysia.-fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Akhbar baru berbahasa Tamil, Sentamil, dilancarkan hari ini, yang bakal memberi saingan kepada akhbar Tamil lain di Malaysia dalam menyiarkan berita yang dapat membantu kemajuan masyarakat India.

Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Maglin Dennis D'Cruz berkata beliau yakin akhbar harian itu akan memberi pendedahan secara menyeluruh mengenai dasar kerajaan untuk membantu dan meningkatkan taraf hidup komuniti itu.

"Akhbar Tamil memainkan peranan yang penting dalam membina minda masyarakat dengan menyiarkan berita dan informasi semasa yang tepat dan betul. "Adalah wajar untuk Sentamil dilancarkan bagi memberikan maklumat bagaimana mendapatkan pinjaman atau biasiswa atau bantuan yang disediakan untuk masyarakat India," katanya kepada pemberita selepas melancarkan akhbar Sentamil itu bersama Presiden PPP Datuk Seri M.Kayveas di sini Khamis.

Sentamil yang membawa maksud 'Tamil Tulen' diedarkan di seluruh Semenanjung Malaysia mulai 1 Mac lepas pada harga RM1 senaskhah, merupakan akhbar berbahasa Tamil yang keenam di negara ini.

Lima akhbar harian Bahasa Tamil lain yang terdapat dalam pasaran ialah Tamil Nesan, MalaysiaNanban, Makkal Osai, Thinakural dan NamNaadu.

D'Cruz, yang juga Naib Presiden Kanan PPP, berkata Sentamil, yang dimiliki seorang individu berlatarbelakangkan media dan disokong Parti Progresif Rakyat (PPP), mahu memperluaskan bacaan kepada pembaca India menjelang pilihan raya umum akan datang.

D'Cruz berkata kehadiran Sentamil tidak akan menjejaskan pasaran dan permintaan sekiranya suratkhabar menyediakan berita dan maklumat tepat dan seperti dikehendaki pembaca.

Sementara itu, Kayveas berkata harian itu mempunyai edaran purata 25,000 setiap hari, dan berharap untuk meningkatkan edaran kepada 70,000.

Beliau berkata satu lagi akhbar berbahasa Tamil 'Thai Mozhi' (Bahasa Ibunda) akan dilancarkan pada bulan April, dan diedarkan secara percuma, akan menyiarkan berita mengenai kemajuan dan usaha yang dilakukan pemimpin Barisan Nasional dalam membantu golongan India.

Selain itu, kedua-dua akhbar itu akan memberikan peluang kepada semua masyarakat India yang berhasrat untuk mengiklankan perniagaan atau sebagainya secara percuma. -BERNAMA

Artikel Lain