suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

ASNB Umum Agihan Pendapatan Lebih Tinggi Bagi Tiga Dana Dalam ASG

KUALA LUMPUR: Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) pada Rabu mengumumkan pengagihan pendapatan lebih tinggi bagi kesemua tiga dana dalam Amanah Saham Gemilang (ASG) bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2013.

Pemegang unit ASG-Pendidikan akan menerima pengagihan pendapatan 7.10 sen seunit, meningkat daripada tujuh sen seunit pada tahun lepas, manakala pengagihan bagi ASG-Kesihatan ialah 7.20 sen seunit berbanding 7.10 sen pada 2012 dan bagi ASG-Persaraan, 7.30 sen berbanding 7.05 sen pada tahun sebelumnya.

ASG-Pendidikan diperuntukkan sejumlah RM5.25 juta bagi pengagihan pendapatan tahun ini berbanding RM3.64 juta tahun lepas, kata Pengerusi Permodalan Nasional Bhd (PNB) Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid pada Rabu.

Pembayaran itu akan memberi manfaat kepada 21,460 pemegang unit ASG-Pendidikan yang melanggan 73.969 juta unit tabung berkenaan, katanya ketika mengumumkan pengagihan pendapatan itu di sini.

Sehingga 19 Mac, ASG-Pendidikan merekodkan pendapatan kasar RM5.72 juta, disumbangkan oleh keuntungan penjualan saham dalam syarikat-syarikat (RM3.20 juta), pendapatan dividen (RM1.60 juta) dan dividen daripada pelaburan dalam syarikat-syarikat (RM920,000). - BERNAMA

Artikel Lain