suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Warga Singapura Maut Dalam Kebakaran di Johor Bharu

Rumah dua tingkat milik mangsa yang terletak di Taman Setia Indah, Johor Bharu terbakar pada pagi Jumaat
 Rumah dua tingkat milik mangsa yang terletak di Taman Setia Indah, Johor Bharu terbakar pada pagi Jumaat
Rumah dua tingkat milik mangsa yang terletak di Taman Setia Indah, Johor Bharu terbakar pada pagi Jumaat

JOHOR BAHARU: Seorang warga Singapura maut dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat di Jalan Setia 5/3, Taman Setia Indah di sini pagi Jumaat.

Mangsa yang dikenali sebagai Koh Kok Leong, 30-an dijumpai tertiarap di bilik belakang tingkat atas rumah berkenaan dan dipercayai maut akibat terhidu asap dalam kejadian 10.30 pagi itu.

"Mangsa dipercayai mati lemas akibat asap tebal," kata Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Johor Jaya, Tahrin Saat. Beliau berkata punca kebakaran masih disiasat.

Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan, Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Ismail untuk dibedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut. -BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain