suria

Penceroboh Lahad Datu Boleh Didakwa Kerana Membunuh – Nazri Aziz

KUALA LUMPUR: Menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal undang-undang, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz pada Selasa berkata, insiden Lahad Datuk merupakan satu pencerobohan bukannya peperangan.

“Ini merupakan satu pencerobohan kepada kedaulatan negara, bukannya suatu peperangan.

“Oleh kerana ia adalah pencerobohan, maka keadaan itu lebih baik dikendalikan oleh polis,” katanya yang merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Ditanya mengenai bagaimana lelaki bersenjata Sulu akan ditangani, beliau berkata, sekiranya ia adalah peperangan, Konvensyen Geneva akan memainkan peranan.

"Jika mereka melanggar undang-undang Malaysia, mereka akan didakwa di mahkamah,” kata Nazri.

Beliau menambah, mereka sudah tentu akan didakwa kerana membunuh.

Dalam pertempuran antara penceroboh bersenjata Sulu dan pasukan keselamatan Malaysia, seramai enam anggota polis terbunuh.

Artikel Lain