suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tindakan Ofensif: Kira-Kira 600 Penduduk Dari Empat Kampung Dipindahkan

LAHAD DATU: Kira-kira 600 orang dari empat buah kampung berhampiran Kampung Tanduo, di sini dipindahkan ke Dewan Embara, dekat sini susulan tindakan ofensif pasukan keselamatan menggempur kumpulan penceroboh dari Sulu, Selasa.

Empat kampung terbabit ialah Tanjung Labian, Tanagian, Sungai Bilis dan Lok Buani.

Ketua Masyarakat Kampung Tanjung Labian, Assafal Alian berkata mereka diarah oleh pasukan keselamatan supaya berpindah ke dewan itu sejak dua hari lepas dengan semua keperluan makanan disediakan, namun tidak dimaklumkan sehingga bila perlu berada di situ.

"Kami tiada masalah untuk tinggal di sini kerana yang penting keselamatan penduduk terjamin ketika operasi menggempur diadakan.

"Namun, kami amat berharap krisis pencerobohan di Kampung Tanduo dapat diselesaikan segera dan kami dapat kembali menjalani kehidupan seperti biasa," katanya kepada Bernama.

Suri rumah, Normisnah Ahmad dari Kampung Sungai Merah juga menyatakan harapan serupa agar krisis pencerobohan di Kampung Tanduo berakhir segera agar dia bersama keluarganya dapat pulang ke rumah secepat mungkin.

Beliau turut berharap supaya kemudahan perubatan untuk penduduk yang berpindah ke dewan itu ditingkatkan.-BERNAMA

Artikel Lain