suria

Pendarahan Dalam Otak Punca Kematian Seorang Bayi di HKL

KUALA LUMPUR: Pendarahan dalam otak akibat 'Shaken Baby Syndrome'(SBS) dikenal pasti punca kematian seorang bayi perempuan yang berusia setahun di Wad Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, Khamis.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Mohan Singh Tara Singh berkata hasil bedah siasat yang dilakukan pagi Jumaat mendapati bayi itu, mengalami kecederaan serius di bahagian kepala dan tiada sebarang kesan kecederaan fizikal di badan.

"Menurut ibu mangsa berumur lingkungan 30-an yang menetap di Ampang Hilir, memaklumkan bahawa anaknya dalam keadaan kritikal kerana kesukaran untuk bernafas pada Rabu lepas dan segera membawanya ke HKL semalam untuk pemeriksaan," katanya kepada Bernama, pada Jumaat.

Beliau berkata tiada sebarang tangkapan dilakukan setakat ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut. -BERNAMA

Artikel Lain