suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

14 Termasuk Enam GRO Warga Thailand Ditahan

KOTA BAHARU: Enam wanita warga Thailand ditahan kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial untuk bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) di sebuah restoran di bandar baharu Gua Musang, Khamis.

Ketua Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Kelantan, Abdul Basek Abu Bakar berkata kesemua wanita berumur antara 22 dan 30 tahun itu, ditahan ketika melayan pelanggan di restoran berkenaan, kira-kira pukul 1.30 pagi.

"Kesemua wanita itu ditahan kerana melanggar syarat dan peraturan dalam Pas Lawatan Sosial untuk kegiatan tidak bermoral," katanya kepada pemberita di sini.

Abdul Basek berkata jabatannya agak sukar mengesan kegiatan kumpulan wanita warga asing itu kerana aktiviti mereka agak licik dan dipercayai mempunyai tonto untuk mengesan gerakan pihak berkuasa dalam sesuatu operasi.

Beliau juga berkata lapan lelaki warga Myanmar berumur antara 22 dan 28 tahun ditahan kerana memasuki negara ini tanpa dokumen sah di kawasan tapak pembinaan di bandar baharu Gua Musang, malam Rabu.

Beliau berkata kesemua warga asing yang ditangkap itu kini ditahan di Depo Tahanan Sementara Imigresen di Tanah Merah sebelum didakwa di mahkamah. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain