Sabotaj Umno: Dua Dipecat, Satu Digantung - Semasa | mStar

Sabotaj Umno: Dua Dipecat, Satu Digantung

KUALA LUMPUR: Lembaga Disiplin Umno pada Khamis mengumumkan pemecatan dua ahli dan penggantungan selama tiga tahun seorang lagi ahli, ketiga-tiganya dari Umno Bahagian Semporna, Sabah, kerana kesalahan sabotaj parti.

Pengerusi Lembaga Disiplin Umno Tengku Tan Sri Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail berkata yang dipecat ialah Haji Ab. Habi Haji Mustapha dan Abdul Majid Haji Palah manakala yang digantung keahliannya selama tiga tahun mulai 6 Sept 2012 atau satu Penggal Pemilihan ialah Haji Nisfu Haji Palah.

Mereka didapati bersalah melanggar peruntukan Fasal 20.8 Perlembagaan Umno dibaca dengan Perkara 3 Tataetika Ahli Umno, katanya dalam satu kenyataan di sini Khamis.

Empat ahli Umno yang lain dari Bahagian Arau, Padang Besar dan Kangar, Perlis juga didapati bersalah dan diberi amaran kerana kesalahan tidak mengikut perintah-perintah parti dan juga tidak menjalankan dasar-dasar parti iaitu melanggar peruntukan Fasal 20.8 Perlembagaan Umno dibaca dengan Perkara 3 Tataetika Ahli Umno.

Mereka ialah Syed Atif Syed Abu Bakar (Arau), Yaacob Man (Padang Besar), Biswardi Mohamad Hasbi (Kangar) dan Abdul Halim Abdullah Sunny (Arau).

Katanya Lembaga Disiplin bagaimanapun mendapati Datuk Zahidi Zainul Abidin dari Bahagian Padang Besar, Perlis tidak bersalah. Tengku Ahmad Rithauddeen berkata keputusan itu diambil oleh Lembaga Disiplin yang bersidang pada 6 September dan 8 Oktober lalu.

"Keputusan ini adalah selari dengan transformasi politik oleh kepimpinan parti di mana Lembaga Disiplin tidak akan berkompromi kepada sebarang anasir untuk merosakkan perjuangan parti untuk kepentingan rakyat termasuk pelanggaran disiplin yang telah, sedang dan akan diambil tindakan tegas," katanya. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

Artikel Lain