suria

Polis Tahan Tiga Lelaki Kes Tikam Ketua Pemuda Umno Kepong

SHAH ALAM: Polis telah menahan tiga suspek yang dikaitkan dengan kes serangan ke atas Ketua Pemuda Umno Kepong, Datuk Norizan Ali, mereka turut menemui parang yang digunakan dalam kejadian tersebut.

Ketua Polis Selangor, Timbalan Komisioner Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata ketiga-tiga lelaki berkenaan ditahan di lokasi yang berbeza pada Khamis.

Suspek pertama, 22, dicekup di stesen LRT Sentul Timur pada pukul 4.455 petang, sementara suspek kedua, 28, ditahan di sebuah flat di Ampang, katanya.

Suspek ketiga, seorang broker berusia 28 tahun pula ditahan di Taman Bidara, Selayang.

Pada Khamis, suspek ketiga membawa pihak polis ke sebuah longkang di Taman Bidara, di mana suspek menyembunyikan alatan yang dipercayai digunakan dalam serangan itu, kata Tun Hisan.

“Ketiga-tiga lelaki berkenaan akan direman sehingga 8 November. Kes disiasat di bawah Seksyen 307 atas kesalahan cubaan membunuh. Kita percaya motif kejadian adalah suspek ingin membalas dendam,” katanya kepada pemberita pada Jumaat

Pada 24 September lalu, Norizan ditikam oleh penyerang diluar rumahnya di Taman Dagang, Ampang Jaya pada pukul 3 pagi sebaik sahaja beliau pulang daripada menonton perlawanan bola sepak bersama-sama rakanya di kedai mamak yang terletak kira-kira 1.5 kilometer daripada rumahnya.

Artikel Sebelum

Artikel Lain