suria

Misi Bantuan Kemanusiaan Pelarian Syiria Tidak Bermotifkan Politik - Ahmad Zahid

Presiden Kelab PUTERA 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim (kanan) bersama Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Duta Jordan ke Malaysia, Maher A. Lukasha sebelum berlepas ke Jordan bagi misi bantuan kemanusiaan pelarian Syria di Jordan ketika di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, malam Jumaat.
Kira-kira 300 tan keseluruhan barangan keperluan asas termasuk perubatan dan peralatan persekolahan akan diedarkan kepada 15,000 keluarga di empat kem pelarian utama iaitu Al-Zaatary dan Al-Zarga di Jordan, dan kem di Amman dan Irbid serta beberapa kem lagi.

-Foto BERNAMA

SEPANG: Misi bantuan kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) bagi membantu pelarian Syria tidak mempunyai motif politik atau campur tangan krisis dalaman negara itu, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata misi ke-28 KP1M itu akan menghantar bantuan pakaian, makanan dan ubat-ubatan untuk pelarian Syria yang berlindung di kem pelarian di sempadan Jordan.

"Ini bukan satu bentuk campur tangan negara kita terhadap hal ehwal dalaman Syria yang sedang bergolak, tetapi semata-mata atas dasar kemanusiaan dan keprihatinan kerajaan dan rakyat Malaysia kepada penduduk Syria yang sedang mengalami penderitaan," katanya kepada pemberita selepas melepaskan misi bantuan kemanusiaan KP1M di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini malam Jumaat.

Pasukan itu merupakan kumpulan pertama yang terdiri daripada 23 sukarelawan KP1M yang diketuai Presidennya, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.

Kumpulan kedua seramai 33 sukarelawan akan berlepas Isnin ini dan dijangka kembali ke Malaysia pada 31 Oktober.

Abdul Azeez berkata kumpulan pertama itu akan meninjau keselamatan dan harga barangan yang akan dibeli di Dubai dan Jordan.

Beliau berkata misi kali ini akan membawa 300 tan bekalan makanan, perubatan dan pelbagai keperluan asas lain seperti selimut dan alat pemanas.

"Kita akan membeli bekalan makanan untuk diagihkan kepada 15,000 keluarga di enam kem. Selain itu, 10 tan ubat-ubatan bernilai USD100,000 akan dbawa dari Malaysia untuk diagihkan.

"Selain itu, Malaysia berkemungkinan membuka sebuah kem tetap di sempadan Jordan untuk membantu pelarian Syria dalam jangka masa panjang," katanya.

Abdul Azeez berkata Duta Besar Jordan ke Malaysia, Maher A. Lukasha telah memberi jaminan bahawa tahap keselamatan di negara itu terjamin kerana Jordan merupakan sebuah negara damai.

"Kami pergi atas misi kemanusiaan yang mewakili 28 juta rakyat Malaysia. Kami memohon semua rakyat mendoakan niat yang baik dan permegian yang murni ini yang bertujuan untuk membantu rakyat Syria khususnya penduduk Islam di Syria yang berada dalam kesusahan.

"Kami pohon restu dan doa rakayat Malaysia agar kami pergi dan pulang dengan selamat," katanya.

Sementara itu Maher berterima kasih kepada kerajaan Malaysia dan KP1M kerana membantu pelarian Syria di Jordan.

"Kami sangat gembira untuk berada di sini malam ini bagi menyaksikan misi kemanusiaan berlepas ke Jordan. Saya harap mereka akan berjaya mengurangkan kesengsaraan tetamu kami (pelarian) menyeberang sempadan di Syria.

"Ini menunjukkan kebaikan kerajaan dan rakyat Malaysia. Kami menghargai hasrat dan mengucapkan selamat berjaya kepada mereka," katanya.

Kini kira-kira 60,000 rakyat Syria berada di kem Al-Mafraq, sebuah kawasan bersempadan dengan Syria, kira-kira 80 km dari ibu negara Jordan, Amman serta beberapa kem lagi yang dibina oleh pihak berkuasa Jordan bagi menampung kemasukan rakyat Syria yang semakin bertambah selepas melarikan diri daripada konflik antara kerajaan dan pemberontak di negara mereka.

Sebelum ini, dilaporkan jumlah pelarian Syria yang berada di Jordan meningkat kepada lebih 200,000 orang setakat ini dan kira-kira 60,000 orang tinggal di kem-kem pelarian. Kerajaan Jordan mewujudkan kem pelarian baru bagi memenuhi peningkatan jumlah pelarian. -BERNAMA

Artikel Lain