suria

Al-Quran Salah Cetak Wajib Dilupus Ikut Syariat Islam -Mufti Kelantan

KOTA BAHARU: Naskah al-Quran yang tersalah cetak, al-Quran lama, buku teks mengandungi ayat al-Quran dan kalimah Allah tidak boleh diabaikan cara pelupusannya, kata Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohammad.

Beliau mahu pihak terbabit mengikut kaedah pelupusan yang diiktiraf oleh pihak berkuasa agama Islam.

"Ini bagi mengelak bahan-bahan kalimah ayat suci dan kalimah berkaitan dengan nama Allah dan Nabi dibuang di merata tempat dan dilihat sebagai penghinaan," katanya kepada Bernama di sini, Khamis.

Mohamad Shukri berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Mufti Pahang Datuk Abdul Rahman Othman yang menasihatkan umat Islam di negara ini agar menggunakan perkhidmatan pusat pelupusan al-Quran yang diiktiraf pihak berkuasa bagi melupuskan kitab suci itu.

Beliau berkata langkah itu bagi memastikan proses pelupusan dilaksanakan mengikut syariat Islam. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

14 Pati Ditahan Polis Marin

Artikel Lain