suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Yang di-Pertuan Agong Akhiri Lawatan Ke Jepun

TOKYO: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah mengakhiri lawatan negara lima hari ke Jepun pada Jumaat.

Berangkat mengucapkan selamat jalan kepada baginda berdua di Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda ialah Duta Malaysia ke Jepun Datuk Shaharuddin Md Som dan isteri Datin Norasikin Hashim serta pegawai kedutaan.

Rombongan diraja itu turut disertai Tunku Temenggong Kedah, Tan Sri Tunku Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah, Toh Puan Temenggong Kedah, Puan Sri Tengku Maliha Tengku Ariff dan Tunku Panglima Besar Kedah, Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Terdahulu, Tuanku Abdul Halim dan Tuanku Hajah Haminah mengucapkan selamat tinggal kepada Maharaja Jepun Maharaja Akihito dan Maharani Michiko di Akasaka Guest Palace di sini.

Turut hadir Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin selaku menteri pengiring. - BERNAMA

Artikel Berikut

14 Pati Ditahan Polis Marin

Artikel Lain