suria

Kanak-kanak Berjaya Menyentuh Hati Kate Middleton Meninggal Dunia

PETALING JAYA: Kanak-kanak yang membuatkan Duchess of Cambridge, Catherine Middleton tersentuh hati, meninggal dunia kerana leukemia pada Isnin.

Zakwan Anuar, 15, bertemu Catherine apabila dia membuat kunjungan di Hospis Malaysia semasa lawatan pasangan diraja bulan lepas.

Catherine berkata beliau "sangat berani" dan "sangat kacak", dan juga menandatangani kad hari lahirnya.

Zakwan menangguhkan transfusi darah yang dijadualkan untuknya kerana mahu bertemu pasangan diraja.

UK Sun melaporkan jurucakap istana sebagai berkata "The Duke dan Duchess of Cambridge sedih mendengar kematian Zakwan dan bersimpati terhadap keluarganya."

Lapornya lagi, Catherine mengetahui kematian Zakwan selepas ibunya Norizan Sulong dihubungi The Sun.

Artikel Sebelum

Artikel Lain