suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Warga Emas Maut Dirempuh Motosikal

KUANTAN: Seorang warga emas terbunuh selepas motosikal ditunggangnya dirempuh sebuah motosikal lain, ketika dalam perjalanan untuk solat Asar di masjid Tok Mahcang, di Jalan Raub-Sungai Ruan, dekat Raub petang Ahad.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang, mangsa, Aziz @ Mokhtar Ali, 76, yang tinggal di Kampung Ulu Gali, menunggang seorang diri dengan tidak memakai topi keledar.

Akibat rempuhan itu, mangsa kemudian terjatuh atas permukaan jalan dan tidak sedarkan diri sebelum dibantu orang awam yang menghantar ke Hospital Raub untuk mendapat rawatan selepas cedera parah di kepala.

Pada jam 9 malam mangsa disahkan meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain