suria

Penamaan Calon Majlis Perwakilan Pelajar UM Berlangsung Esok

KUALA LUMPUR: Universiti Malaya (UM) akan mengadakan proses penamaan calon sempena pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar universiti itu (MPPUM) bagi sesi 2012/2013 secara atas talian esok.

Proses itu, yang dikenali sebagai e-penamaan calon, diadakan dari 9 pagi hingga 11 pagi di Auditorium Kompleks Perdana Siswa, dan akan turut menerima sebarang bantahan atau rayuan terhadap penamaan calon secara atas talian.

"Pemilihan calon MPPUM akan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu kerusi Fakulti/ Pusat/Akademi dan kerusi Umum, dan secara keseluruhannya, 43 buah kerusi diperuntukkan dan daripada jumlah itu 34 buah kerusi untuk Fakulti/Pusat/Akademi dan sembilan untuk kerusi Umum," kata satu kenyataan yang dikeluarkan universiti itu, Rabu.

Proses pengesahan calon Umum akan diperakui Pendaftar universiti manakala calon Fakulti/Pusat/Akademi akan diperakui Dekan atau wakil Dekan masing-masing.

Pengundian pemilihan MPPUM juga akan diadakan secara atas talian dan dijadual diadakan Selasa depan dari 9 pagi hingga 5 petang.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Rohaizan Ramli di talian 03-9673424/012-9249438 atau Harris Rajahdin di talian 03-79677902/012-3116080. - BERNAMA

Artikel Lain