suria

Kes Buang Bayi Meningkat

PETALING JAYA: Terdapat peningkatan bilangan insiden pembuangan bayi sejak tahun 2010.

Selepas menurun daripada 102 kes pada 2008 kepada 79 pada 2009, bilangan itu meningkat kepada 91 dan 98 masing-masing pada 2010 dan 2011.

Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Harjeet Singh berkata, setakat pada tahun ini, sebanyak 31 kes dilaporkan.

Beliau berkata, peningkatan bilangan itu disebabkan oleh lebih banyak laporan dibuat dan masyarakat menjadi lebih prihatin mengenai kesengsaraan.

Beliau berkata, maklum balas daripada sesi kaunseling dan kajian kes di beberapa rumah kebajikan untuk remaja di bawah umur 18 tahun mendapati tekanan dan kurang pengetahuan mengenai kesihatan reproduktif apabila dua faktor penting itu mempengaruhi kepada kehamilan yang tidak diingini.

“Kemahuan untuk menyesuaikan dengan kebanyakan remaja telah mempengaruhi gaya hidup mereka,” katanya selepas melancarkan seminar “Katakan Tidak Pada Pembuangan Bayi” di sini.

Harjeet berkata, remaja hari ini bergaul bebas dan kurang pengawasan daripada ibu bapa.

“Kadang-kadang, perkara yang menjadi trend di kalangan mereka adalah pergi berparti dan mengadakan hubungan intim bersama pasangan,” kata beliau, sambil menambah ramai golongan muda yang tidak dibimbing tentang bagaimana untuk mengelakkan daripada terlibat dalam situasi seumpama itu.

Artikel Berikut

Artikel Lain