suria

Datuk Farida Mohd Ali Pangku Jawatan KP JPA

KUALA LUMPUR: Datuk Farida Mohd Ali, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan) akan menjalankan tugas-tugas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam berkuatkuasa pada Ahad.

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa berkata, kerajaan sedang menimbang dan meneliti calon yang layak dan sesuai bagi jawatan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam yang baru.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan tiga perenggan yang dikeluarkan di sini pada Isnin mengenai jawatan itu yang kosong berikutan perkhidmatan Tan Sri Abu Bakar Abdullah, 57, sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam ditamatkan pada Ahad.

Ali turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih di atas sumbangan dan khidmat bakti Abu Bakar sepanjang 35 tahun perkhidmatannya dalam perkhidmatan awam. - BERNAMA

Artikel Lain