Majlis Fatwa Tidak Pernah Keluar Fatwa Bersih 3.0 Haram

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan tidak pernah mengeluarkan fatwa yang mengatakan perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu sebagai haram.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim sebaliknya menjelaskan bahawa ahli Majlis Fatwa Kebangsaan hanya mengeluarkan nasihat mengenai perhimpunan berkenaan.

"Fatwa mengenai perhimpunan Bersih 3.0 tidak pernah dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan.

"Sebaliknya ia merupakan nasihat daripada ahli-ahli muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang bersidang pada 4 hingga 6 Mei 2012," katanya ketika menjawab ucapan penangguhan pada persidangan Dewan Rakyat di sini, Selasa.

Selain itu Mashitah berkata perkara itu telah dipersetujui oleh semua ahli muzakarah supaya nasihat mengenai penglibatan umat Islam yang bertindak sebagai perusuh jalanan yang telah membawa kerosakan dan musibah kepada negara dikeluarkan melalui satu kenyataan media.

Baru-baru ini Majlis Fakwa Kebangsaan dilaporkan mengeluarkan fatwa yang mengatakan perhimpunan Bersih 3.0 sebagai haram selepas memandang serius terhadap tindakan sebahagian masyarakat termasuk umat Islam yang bertindak sebagai perusuh jalanan seperti yang berlaku dalam demonstrasi Bersih 3.0 hingga membawa kerosakan dan musibah kepada negara.

Bagaimanapun pandangan Majlis Fatwa Kebangsaan itu ditolak khususnya oleh pembangkang kerana didakwa mengeluarkan fatwa yang berpihak kepada sebelah pihak.

Bagaimanapun Mashitah menjelaskan bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan tidak dipengaruhi mana-mana pihak termasuk kepentingan politik melainkan kepentingan Islam.

"Perlu saya jelaskan bahawa ahli-ahli muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan adalah dilantik atas perkenan Majlis Raja-Raja.

"Justeru mereka tiada kepentingan politik melainkan untuk kepentingan agama dan ummah.

"Oleh yang demikian nasihat Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan adalah bebas daripada pengaruh mana-mana pihak dan tidak terikat dengan kepentingan individu mahupun organisasi," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Artikel Lain