suria

Pemuda Maut, Motosikal Langgar Treler

KUANTAN: Seorang pemuda maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler di Km 28, Jalan Lipis-Merapoh di Kechau Tui, dekat Lipis petang Ahad.

Dalam kejadian 3.15 petang itu, Badrullah Mat Star, 20, dari Kampung Kechau Tui disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Kuala Lipis, Superitendan Abdul Razak Hassan berkata, kejadian berlaku ketika mangsa yang dalam perjalanan ke Merapoh terlanggar bahagian belakang sebuah kereta ketika cuba memotong, menyebabkannya terjatuh di laluan bertentangan.

Mangsa kemudian digilis oleh sebuah treler tanpa muatan dari arah bertentangan yang tidak sempat mengelak, katanya ketika dihubungi di sini Isnin. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain