suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Warga Nigeria Dihukum Gantung Kerana Edar Dadah

ALOR SETAR: Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang lelaki warganegara Nigeria yang didapati bersalah mengedar dadah dua tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman Mohd Zaki Abdul Wahab menjatuhkan hukuman itu terhadap James Kamara, 23, setelah berpuas hati dengan keterangan pihak pendakwa raya yang berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.

James yang merupakan penuntut di sebuah institusi pengajian tinggi swasta di Kuala Lumpur, didakwa mengedar dadah jenis kanabis seberat 18,810 gram di Terminal Bas Shahab Perdana di sini, pada pukul 9.05 malam 13 Sept 2010.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Kastam, Nur Sarah Dina Baharudin manakala tertuduh diwakili peguam Burhanudeen Abdul Wahid. - BERNAMA

Artikel Lain