suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bomba, Polis Lancar Operasi Cari Wanita Terjun Jejambat

KUALA LUMPUR: Pasukan polis dan bomba sedang menjalankan operasi mencari seorang wanita yang dikatakan terjun daripada sebuah jejambat merentasi Sungai Klang di Brickfields di sini, malam Sabtu.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Wan Abd Bari Wan Abd Khalid operasi mencari bermula 10.40 malam Sabtu selepas menerima maklumat pada 10.30 malam, kira-kira 15 minit selepas kejadian.

Operasi itu dihentikan pada 12 tengah malam kerana arus sungai yang deras dan disambung semula pada 8 pagi ini, katanya ketika dihubungi Bernama.

Wan Abd Bari berkata sebelum kejadian, wanita itu menaiki teksi yang selalu digunakan keluarganya seorang diri dari Puchong Jaya ke Jalan Syed Putra dan berhenti berhampiran sebuah sekolah di kawasan itu.

"Pemandu teksi yang membawa wanita berkenaan memang mengenali keluarganya dan wanita itu memintanya berhenti di tepi jalan," katanya, sambil menambah kata wanita itu kemudian dilihat menuju ke jejambat tersebut.

Menurutnya, abang wanita itu mengesahkan bahawa adiknya menghidap sakit mental dan kes itu masih dalam siasatan.

Dalam pada itu, jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur berkata ada saksi ternampak wanita itu terjun daripada jejambat berkenaan.

Beliau berkata sembilan anggota bomba terlibat dalam operasi mencari wanita itu pagi ini. - BERNAMA

Artikel Lain