suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bekas Ketua Penulis Blog Obama Puji Pendekatan PM

KUALA LUMPUR: Sam Graham-Felsen, bekas ketua penulis blog Presiden Amerika Syarikat Barack Obama, memuji langkah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meraikan rakan Internet beliau pada majlis sarapan dan jamuan petang sebagai sebahagaian daripada pendekatan baru untuk mendampingi pelbagai kumpulan masyarakat di negara ini.

Graham-Felsen, yang berkhidmat sebagai penulis blog Obama pada pemilihan presiden 2008, berkata Obama juga mengamalkan pendekatan serupa iaitu melalui "Dinner with Barack".

"Majlis makan malam merupakan peluang terbaik bagi orang biasa untuk berkongsi pengalaman dengan presiden dan saya rasa (menjadi hos sarapan dan jamuan teh) merupakan langkah yang cukup baik," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah pada majlis makan tengah hari bertajuk 'Daripada Satu Klik Kepada Satu Gerakan: Bagaimana Media Sosial Mengubah Organisasi Anda dan Dunia', di sini, Sabtu.

Ceramah itu dianjurkan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) sempena sambutan Tahun Koperasi Antarabangsa 2012. Graham-Felsen berkata demikian ketika diminta mengulas majlis sarapan yang dihoskan Najib bagi empat pengikut Twitternya di Chawan Restaurant di Bangsar, di sini, Sabtu.

Beliau berkata pertemuan seperti itu juga akan memberi peluang kepada pemimpin untuk mendengar keluhan dan sungutan orang kebanyakan.

Sementara itu, beliau berkata walaupun pengikut media tradisional mengalami penurunan ketara, imbangan yang mantap antara media tradisional dan media baru perlu ada.

"Media tradisional masih merupakan alat pemujukan penting berbanding media baru, manakala saluran tradisional pula perlu mengguna pakai platform lebih bersifat interaktif untuk membolehkan orang ramai, khususnya golongan belia, menyumbang pandangan mereka," katanya. -BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain