suria

14 Mei Tarikh Akhir Bida Nombor Siri 'WWW'

KUALA LUMPUR: Hampir semua nombor, termasuk kategori kurang popular bagi pendaftaran kenderaan siri 'WWW' akan dibida, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha.

Katanya kategori 'golden numbers' menarik dan popular juga mendapat bilangan pembidaan dan nilai harga yang sangat tinggi.

Setakat semalam, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menerima sebanyak 14,131 bidaan bagi nombor pendaftaran siri 'WWW' sejak tempahan dibuka pada 30 April lepas, katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat. "Dijangka hari ini dan Isnin depan 2,000 lagi resit pembidaan akan dikeluarkan," katanya.

Tarikh tutup bidaan ialah pada pukul 12 tengah hari 14 Mei.

Beliau berkata jumlah bidaan bagi siri pendaftaran itu merupakan yang tertinggi pernah dicatat, dengan sebanyak 9,787 bidaan diterima di JPJ Wangsa Maju, JPJ Bandar Seri Permaisuri (1,592), JPJ Maju Junction (602) dan Pos (2,150).

"Sebelum ini, bagi siri WVW bilangan pembidaan yang diterima hanya sebanyak 4,750 iaitu lebihan sebanyak 9,380," katanya. -BERNAMA

Artikel Lain