suria

AirAsia Gandakan Kekerapan Penerbangan Harian Ke Clark

KUALA LUMPUR: AirAsia akan memperkenalkan kekerapan penerbangan baharu bagi laluan Kuala Lumpur-Clark yan akan bermula pada 9 Jun dan dikendalikan oleh syarikat gabungannya yang terbaru, Philippines AirAsia.

Pada masa ini AirAsia mengadakan penebangan dari Kuala Lumpur ke Clark sekali sehari dan akan mengadakan dua penerbangan harian apabila kekerapan tambahan berkuatkuasa, menjadikan keseluruhan penerbangan antara kedua-dua destinasi itu 28 kali seminggu.

"Kekerapan baharu itu akan menandakan penerbangan antarabangsa pertama Philippines AirAsia sejak ia ditubuhkan awal tahun ini.

"Sempena berita baik ini, AirAsia menawarkan promosi khas dengan tambang terangkum semua dari serendah RM89 bagi perjalanan sehala dari Kuala Lumpur ke Clark.

"Pelanggan boleh menempah tambang khas ini dari sekarang hingga 13 Mei bagi tempoh perjalanan dari 9 Jun hingga 30 Nov," kata syarikat penerbangan tambang murah itu dalam satu kenyataan pada Khamis. - BERNAMA

Artikel Lain