suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

13 Ditahan Dalam Operasi Bersepadu Di Tawau

TAWAU: Pegawai penguatkuasa pelbagai agensi menahan 13 orang termasuk empat wanita atas pelbagai kesalahan dalam operasi bersepadu di beberapa lokasi di sekitar kawasan Majlis Perbandaran Tawau (MPT) lewat malam Khamis.

Pegawai Penguatkuasa MPT Azinun Sanarul, yang mengetuai operasi yang disertai polis, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Kastam dan Imigresen itu berkata antara kesalahan yang dilakukan termasuk kegagalan menunjukkan dokumen perjalanan yang sah.

"Ada remaja berusia lingkungan 17-25 tahun yang tidak memiliki sebarang dokumen diserahkan kepada Jabatan Imigresen manakala dua pasangan remaja beragama Islam yang berdua-duaan di dalam bilik yang disyaki tidak mempunyai ikatan perkahwinan diserahkan kepada JHEAINS untuk tindakan lanjut," katanya kepada pemberita selepas operasi yang bermula 9 malam itu berakhir pada kira-kira 1 pagi.

Bagaimanapun Azinun berkata, operasi malam Khamis tidak mencapai sasaran kerana mengesyaki ada ketirisan maklumat.

Katanya, operasi bersepadu seperti itu akan dilakukan dari semasa ke semasa bagi membersihkan Bandar Tawau daripada perkara yang melanggar peraturan. - BERNAMA

Artikel Lain