suria

PM Tandatangan Kad Ucapan Untuk Jururawat, Bidan

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Rabu menandatangani kad ucapan Hari Bidan dan Jururawat 2012 di bilik tetamu Pejabat Perdana Menteri bangunan Perdana Putra di sini.

Majlis menandatangani kad ucapan sebagai tanda terima kasih itu diadakan sempena Hari Bidan dan Jururawat yang disambut setiap 12 Mei sebagai penghargaan terhadap khidmat bakti lebih 96,000 jururawat dan bidan di seluruh negara.

Turut menurunkan tanda tangan di atas kad ucapan besar berukuran lebih satu meter itu ialah barisan menteri yang akan menghadiri mesyuarat kabinet sejurus selepas majlis tersebut.

Perdana Menteri sempat bergambar dengan beberapa pegawai kanan bahagian kejururawatan dari Kementerian Kesihatan dan juga dari Hospital Putrajaya, Hospital Kuala Lumpur serta hospital-hospital Sime Darby, yang menghadiri majlis.

Sejurus kemudian, beliau mempengerusikan mesyuarat kabinet. BERNAMA

Artikel Lain