suria

Kereta Polis Diserang & Diterbalikkan Penyokong Bersih

Kereta polis rosak teruk selepas diserang sekumpulan perusuh. Foto SHAHRUL FAZRY ISMAIL/The Star
Kereta polis rosak teruk selepas diserang sekumpulan perusuh. Foto SHAHRUL FAZRY ISMAIL/The Star
Kereta polis rosak teruk selepas diserang sekumpulan perusuh. Foto SHAHRUL FAZRY ISMAIL/The Star

KUALA LUMPUR: Sekumpulan penyokong Bersih 3.0 menyerang dan menterbalikkan sebuah kereta polis di hadapan Sogo di sini sebelum melarikan diri.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh berkata, kereta polis tersebut sedang melalui kawasan berkenaan pada pukul 4.50 petang sebelum sekumpulan penyokong mengepung kereta itu.

Kemudiannya, mereka memaksa beberapa anggota polis untuk keluar sebelum bertindak merosakkan dan menterbalikkan kereta tersebut.

Sementara itu, PDRM dalam laman Twitter turut memberitahu, sepucuk pistol seorang anggota polis turut dirampas di Sogo.

Namun, Amar tidak dapat mengesahkan insiden itu.

Artikel Lain