suria

Amah Kemboja Pertahankan Majikan, Nafi Dakwaan Ibu Dia Didera

KUALA LUMPUR: Seorang pembantu rumah dari Kemboja tampil untuk membersihkan nama majikannya selepas ibunya mendakwa bahawa dia telah dizalimi.

Phorn Sophea berkata dakwaan ibunya, Im Meoun yang berusia 52 tahun, terhadap majikannya Cynthia Lim, 45, adalah tidak benar.

Pada sidang akhbar di Pejabat Agensi Pekerjaan Sri Nadin Sdn Bhd, pembantu rumah berusia 24 tahun itu berkata ibunya telah memanggilnya dan menyuruhnya memberitahu bahawa dia telah mengambil dadah yang diberikan oleh Lim.

"Saya kata tidak, saya tidak mengambil dadah dan majikan saya melayan saya sangat baik," kata Sophea.

Pada 15 Mac, Lim telah dimaklumkan mengenai laporan Phnom Penh Post yang menyiarkan dakwaan Im Meoun bahawa Sophea diberi makan hanya sekali sehari dan dipaksa untuk mengambil dadah yang dapat memberikan tenaga yang lebih untuk berkerja.

Im Meoun telah memfailkan aduan kepada Hak Asasi Manusia Kemboja dan Persatuan Pembangunan (Adhoc), kumpulan hak asasi manusia Kemboja.

Perkara ini berlaku apabila Lim dalam proses memperbaharui kontrak dan permit kerja Sophea selepas pembantu rumah itu berkata dia mahu terus bekerja untuk Lim.

Sejurus selepas dakwaan timbul, Lim dan suaminya, Hong Chin Heng, telah memberi penjelasan di kedutaan Kemboja di Malaysia.

Walau bagaimanapun, Im Meoun kekal dengan dakwaannya dan juga memberitahu sebuah akhbar bahasa Khmer bahawa seseorang telah mengancam dan menuntut dia supaya menarik balik kenyataannya.

Ini mendorong Lim untuk mengadakan sidang akhbar supaya Sophea dapat tampil ke hadapan untuk membersihkan segala-galanya.

"Saya harap kita boleh menutup kes ini," kata Lim, sambil menambah bahawa dia merancang untuk menulis kepada akhbar dan Adhoc untuk menjelaskan perkara itu.

Lim berkata dia berharap perkara itu akan meningkatkan kesedaran mengenai kemungkinan berlaku ketidak adilan apabila majikan dituduh oleh ahli keluarga pembantu rumah mereka.

"Majikan juga adalah manusia. Kami juga berhak dilayan dengan adil," kata Lim, sambil menambah bahawa akhbar dan kumpulan hak asasi manusia masih tidak menghubunginya untuk mengesahkan laporan.

Persatuan Agensi Pekerjaan Kebangsaan Malaysia (Pikap), Datuk Raja Zulkepley Dahalan berkata beliau berharap isu itu akan diselesaikan sekarang dan buat selama-lamanya.

Beliau juga berharap mereka yang mempunyai aduan terhadap majikan Malaysia supaya mengesahkannya dengan agensi-agensi tempatan sebelum menghubungi pihak akhbar.

Artikel Lain