suria

Terengganu Warta Empat Ajaran Sesat Termasuk Ajaran 'Kerajaan Langit' Ayah Pin

Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri, Khazan Che Mat berkata tiga yang lain ialah Aurad Muhammadiah pegangan Darul Arqam yang dibawa Ashaari Muhammad, ajaran Azhar Abdul Wahab dan Syarikat Rufaqa' Corporation, dan rangkaian syarikat-syarikat gabungannya yang masih membawa Aurad Muhammadiah.

"Sehingga kini Jabatan Agama Islam negeri telah mendakwa seramai 52 orang yang terlibat dengan ajaran sesat Ayah Pin, termasuk pengasasnya Ariffin Mohammed. Bagi tiga lagi ajaran sesat itu, belum ada pendakwaan dibuat, kata Khazan pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini, Selasa.

Khazan menjawab soalan lisan Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Rhu Rendang) yang meminta kerajaan negeri menyenaraikan ajaran sesat yang wujud di Terengganu serta pendakwaan yang telah dilakukan. Menurut Khazan, kategori ajaran sesat itu diputuskan oleh jawatankuasa fatwa Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) berdasarkan hakikat ajaran itu bercanggah dengan akidah Islamiah mengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah. -BERNAMA

Artikel Lain