Bekas CEO YPM/Bekas Pengarang Ekonomi BH Datuk Dr Shariff Hamid Didakwa Buat Tuntutan Palsu - Semasa | mStar

Bekas CEO YPM/Bekas Pengarang Ekonomi BH Datuk Dr Shariff Hamid Didakwa Buat Tuntutan Palsu

Dr Shariff Hamid ketika keluar dari mahkamah. Foto THE STAR oleh RICKY LAI
Dr Shariff Hamid ketika keluar dari mahkamah. Foto THE STAR oleh RICKY LAI

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pelajaran Mara (YPM), Datuk Dr Shariff Hamid, mengaku tidak bersalah atas tuduhan rasuah lebih RM300,000 di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin dan minta dibicarakan.

Beliau adalah salah seorang daripada dua yang dihadapkan ke mahkamah ini oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas dakwaan membuat tuntutan palsu ke atas satu program latihan yang tidak wujud berjumlah sehingga lebih RM300,000.

Shariff, 52, sebelum itu telah didakwa dengan sembilan pertuduhan iaitu mengemukakan dokumentasi palsu dengan mengarahkan Pengurus Kewangan YPM, Hafizoh Mohd Shah meluluskan pembiayaan untuk satu program motivasi remaja, sedangkan beliau sedar program itu tidak pernah berlangsung.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di pejabat YPM di Medan Mara, Jalan Raja Laut di sini pada jam 1.30 petang 23 Julai tahun lalu.

Pengurus Program YPM, Zainal Rashid Zakaria, 43, juga turut didakwa dengan sembilan pertuduhan menipu yayasan berkenaan dengan mengesahkan kewujudan program berkenaan kononnya telah berlangsung di Perak antara 5 Julai hingga 22 September 2011 walaupun menyedari bahawa program itu tidak mengambil tempat sepertimana yang dikatakan.

Zainal didakwa melakukan kesalahan itu di tempat yang sama pada 25 Mei 2011.

Kedua-dua mereka didakwa menurut Seksyen 18 Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Mereka berhadapan dengan hukuman 20 tahun penjara dan denda lima kali jumlah suapan jika disabitkan kesalahan.

Hakim Rozilah Salleh menetapkan ikat jamin sebanyak RM50,000 kepada setiap tertuduh dengan satu jaminan dan mengarahkan mereka menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 2 Mei sebagai tarikh sebutan kes.

Shariff, sebelum menyandang jawatan CEO YPM adalah bekas setiausaha eksekutif di Sekretariat Ibu Pejabat Umno Malaysia.

Beliau juga adalah bekas pengarang ekonomi Berita Harian dan pernah memenangi hadiah tertinggi kewartawanan Malaysia iaitu Anugerah Kajai pada pertengahan tahun 1980-an.

Beliau berkhidmat dengan RTM sebagai wartawan penyiaran pada tahun 1984 sebelum menyertai agensi berita nasional (Bernama) pada tahun 1987.

Shariff kemudian menyertai Business Times dan Berita Harian. Beliau juga pernah menyumbang artikel kepada akhbar bisnes mingguan, The Edge.

Menurut rekod, Shariff memperolehi ijazah kedoktoran dalam bidang pentadbiran perniagaan daripada European-American University yang berpusat di Oxford, England.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

Artikel Lain