suria

PSC Cadang 18 Langkah Penambahbaikan Sistem Pilihan Raya

KUALA LUMPUR: Laporan akhir yang dibentangkan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya (PSC) pada Selasa mencadangkan sebanyak 22 cadangan bagi memperbaiki perjalanan system pilihan raya di negara ini.

Bagaimanapun hanya 18 daripada 22 cadangan tersebut diterima oleh semua ahli jawatankuasa PSC.

Laporan tersebut dibentangkan oleh Pengerusi PSC, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.

Sebanyak sembilan ahli jawatankuasa PSC dilantik dengan lima daripadanya Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN), tiga wakil pembangkang dan seorang wakil Bebas.

Jawatankuasa berkenaan mula bersidang pada 2 Oktober tahun lalu.

Berikut adalah 22 cadangan dan langkah penambahbaikan yang dicadangkan oleh PSC:

- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendaftarkan warga Malaysia yang berusia 21 tahun secara automatik sebagai pengundi.

- Parlimen wajar dibubarkan selepas tempoh empat tahun pilihan raya umum diadakan.

- Mengesyorkan SPR membenarkan pra-pendaftaran seseorang warganegara untuk didaftarkan sebagai pemilih apabila mencapai umur 20 tahun.

- Tempoh kempen yang lebih panjang sekurang-kurangnya 10 hari.

- Memberi kemudahan kepada rakyat Malaysia di luar negara sama ada mengundi di Perwakilan Malaysia atau secara pos.

- Memberi kemudahan mengundi secara pos kepada petugas SPR dan media.

- Menyediakan kemudahan kepada pengundi luar kawasan terutama pengundi di Sabah dan Sarawak atau pengundi Semenanjung Malaysia yang bekerja di Sabah dan Sarawak.

- Mewujudkan kerajaan sementara selain kerajaan yang memerintah sebaik selepas Parlimen dibubarkan bertujuan bagi memastikan negara ditadbir sementara kerajaan yang baru dibentuk.

- Penguatkuasaan peraturan sedia ada berhubung kesalahan memberi maklumat palsu dalam urusan pendaftaran.

- Akses media yang bebas dan saksama ketika tempoh berkempen.

- Pembersihan daftar pemilih secara berterusan.

- Penelitian daftar pemilih bagi alamat-alamat yang mempunyai ramai pemilih berdaftar.

- Bantahan terhadap daftar pemilih yang telah diperakui melalui aduan atau maklum balas daripada parti politik, pertubuhan bukan kerajaan dan sebagainya.

- Kajian ke arah pendaftaran secara automatik.

- Penggunaan alamat selain alamat mastautin pada kad pengenalan sebagai alamat pendaftaran untuk menentukan bahagian pilihan raya.

- Memperkasakan kedudukan SPR.

- Penstrukturan dan pengukuhan SPR.

- Memperluaskan Akademi Pilihan Raya.

- Pengasingan fungsi utama SPR.

- Pengagihan kerusi Dewan Rakyat bagi Sabah dan Sarawak.

- Persempadanan bahagian pilihan raya yang seimbang.

- Peruntukan dana kepada parti politik.

- Sistem pilihan raya baru.

Empat syor yang ditolak ialah:

1. Memberi kemudahan mengundi secara pos kepada petugas SPR dan media.

2. Membenarkan prapendaftaran seseorang warganegara untuk didaftarkan sebagai pemilih apabila mencapai umur 20 tahun.

3. Memanjangkan tempoh berkempen.

4. Kajian ke arah pendaftaran secara automatik.

Artikel Lain