suria

16 Termasuk Dua Warga Asing Ditahan Dalam 'Ops Mabuk'

KUALA LUMPUR: Seramai 16 orang termasuk dua warga asing ditahan kerana memandu dalam keadaan mabuk dalam operasi yang dilakukan Polis Trafik Kuala Lumpur awal pagi Ahad.

Ketua Trafik Kuala Lumpur, Asisten Superitendan Rusli Mohd Noor berkata, kesemua mereka yang berumur lingkungan 20-an dan 40-an itu akan didakwa mengikut Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan kerana memandu ddi bawah pengaruh alkohol melebihi had yang dibenarkan.

Jika sabit kesalahan mereka boleh didenda tidak kurang RM1,000 dan tidak lebih RM6,000 atau dipenjara tidak lebih 12 bulan atau kedua-duanya sekali, katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata, 'Ops Mabuk' itu dilakukan di empat lokasi iaitu di Jalan Sultan Ismail, Jalan Hang Tuah, Jalan Tun Razak dan Jalan Davis bermula 12.30 tengah malam dan berakhir kira-kira pukul 4.30 pagi.

Seramai 60 pegawai dan anggota trafik terlibat dalam operasi yang turut disertai lima pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, katanya. - BERNAMA

Artikel Lain