suria

Yang Di-Pertuan Agong Serah Surat Cara Pelantikan Kepada 11 Hakim

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada Rabu menyerahkan surat cara pelantikan kepada 11 orang hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi di Istana Negara di sini.

Mendahului senarai penerima ialah empat hakim Mahkamah Persekutuan terdiri Datin Paduka Zaleha Zahari, Datuk Zainun Ali, Datuk Seri Sulong Matjeraie dan Datuk Jeffrey Tan Kok Wha.

Hakim Mahkamah Rayuan terdiri daripada Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Datuk Lim Yee Lan manakala hakim Mahkamah Tinggi pula terdiri daripada Datuk Hasnah Mohamed Hashim, Harmindar Singh Dhaliwal, Hadhariah Syed Ismail, Supang Lian dan Stephen Chung Hian Guan.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan Ketua Hakim Negara Tan Sri Arifin Zakaria. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain