suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Warga Emas Ditemui Mati Di Rumahnya

ALOR GAJAH: Seorang warga emas ditemui mati dengan mukanya ditutup kain selimut dan bantal di rumahnya di Ramuan China Kechil, Masjid Tanah, di sini, Rabu.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin berkata Sareah Abd Rahman, 78, yang tinggal bersendirian di rumahnya ditemui terbaring di atas katil oleh anaknya, Abd Ghafar Daud, 57, ketika menghantar makanan kepada ibunya itu kira-kira pukul lapan pagi.

"Pemeriksaan mendapati, mangsa tidak mengalami kecederaan luaran, cuma terdapat darah keluar dari hidungnya,

"Berdasarkan soal siasat, kali terakhir mangsa ditemui orang ramai sekitar jam 3.30 petang semalam sebelum ditemui mati pagi tadi," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian.

Umar Ali berkata, siasatan awal polis mendapati tiada kesan pecah masuk atau geledah di rumah mangsa manakala barangan berharga termasuk wang tunai juga tidak hilang.

Katanya polis masih menunggu laporan bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian. Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu menghubungi balai polis berhampiran atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di talian 06-5562222. - BERNAMA

Artikel Lain