suria

Pak Lah Serah Kepada PM Tentukan Calon Parlimen Kepala Batas

KEPALA BATAS: Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pada Rabu berkata beliau menyerahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menentukan calon bagi kerusi Parlimen Kepala Batas pada pilihan raya umum ke-13 (PRU 13).

Katanya, keputusan sama ada beliau akan terus menjadi calon atau tidak pada PRU 13 akan dibuat oleh Najib.

"Yang penting adalah untuk menentukan Barisan Nasional (BN) dapat mengekalkan kerusi itu," katanya selepas menyampaikan Insentif Peningkatan Hasil (IPH) kepada pesawah di sini, Rabu.

"Apa yang penting untuk kita sekarang bukan sahaja mengekalkan kejayaan B Ntetapi juga memastikan kejayaan kita itu akan menjadi lebih baik," katanya.

Abdullah yang menjadi Anggota Parlimen Kepala Batas sejak tahun 1978 dan meletak jawatan sebagai perdana menteri tiga tahun lepas, berkata beliau akan terus memegang jawatan Ketua Umno Bahagian Kepala Batas sehingga pemilihan agung parti akan datang.

Ditanya mengenai berlakunya sabotaj dalaman parti di kalangan ahli-ahli Umno Bahagian Kepala Batas, Abdullah berkata beliau tidak pasti sejauh mana sabotaj itu berlaku. Terdahulu, Abdullah telah menyampaikan pembayaran IPH sebanyak RM2.2 juta kepada 1,803 orang pesawah di negeri Pulau Pinang. Pengurus Besar Sektor Peniagaan Beras Tempatan Wilayah Utara Amiruddin Ahmad Tajuddin berkata, sejak pelaksanaan program IPH pada 2006, pengeluaran hasil padi di negeri ini telah menampakkan peningkatan dari 41,000 tan metrik kepada 49,000 tan metrik pada 2011. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

3 Penjenayah Ditembak Mati

Artikel Lain