SEPANG: Menteri Luar Vietnam, Pham Binh Minh tiba pada Rabu bagi lawatan dua hari.Beliau diiringi isterinya Nguyen Nguyet Nga dan beberapa pegawai. Ketibaan Pham disambut oleh Timbalan Menteri Luar Senator Datuk A.Kohillan Pillay dan juga pegawai-pegawai Kementerian Luar. Beliau dijadual mengadakan perbincangan dengan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman di Putrajaya petang Rabu.Ini merupakan lawatan kali pertama Pham ke Malaysia selepas dilantik Menteri Luar pada Ogos 2011.Lawatan rasmi ini dijangka memperkukuhkan lagi hubungan persahabatan antara kedua-dua negara selepas Presiden Truong Tan Sang melawat Malaysia pada September tahun lepas.Dagangan antara kedua-dua negara dari Januari hingga November 2011 hampir RM20 bilion. - BERNAMA