suria

Cukup-Cukuplah Aksi Ranjang, Bogel!

'Khurafat' antara filem Melayu yang paling tinggi mendapat sambutan pada tahun lalu.
'Khurafat' antara filem Melayu yang paling tinggi mendapat sambutan pada tahun lalu.
'Khurafat' antara filem Melayu yang paling tinggi mendapat sambutan pada tahun lalu.

KEJAYAAN sesebuah filem yang pecah panggung kalau dilihat pada tahun lalu adalah atas faktor jalan cerita dan juga trend semasa.

Ketika orang sibuk dengan cerita hantu, jembalang, puaka dan sebagainya, muncullah filem Khurafat yang mengaut keuntungan mengikut rekod Finas sebanyak RM8.08 juta.

Begitu juga ketika isu gengsterisme diperkatakan, filem KL Gangster pun dihasilkan. Ia mampu mengutip RM11.74 juta, satu jumlah yang cukup tinggi pada tahun lalu.

Filem Ombak Rindu yang berkisar tentang cinta menunjukkan pencapaian luar biasa apabila genre drama mendapat sambutan apabila mendapat kutipan RM10.09 juta.

Ia adalah contoh bagaimana keupayaan sesebuah filem itu untuk menarik orang ramai menonton sesebuah karya berulang kali.

Apabila filem Keramat yang mula ditayangkan pada 12 Januari lalu tampil dengan membawa elemen seks dan babak panas, saya agak terkejut.

Saya terfikir juga masih ada idea sampah seperti ini dihasilkan ketika industri perfileman negara menunjukkan peningkatan luar biasa.

Babak-babak seksi, separuh bogel, seks bukanlah kewajaran untuk menarik minat orang ramai menonton sesebuah karya.

Negara kita bukan Hollywood yang setiap saat perlu menonjolkan aksi cium atau seks untuk menunjukkan kasih sayang. Di Hollywood, budaya itu bukanlah sesuatu yang pelik kerana ia memang diamalkan oleh masyarakat negara Barat.

Sayangnya apabila Zul Suphian sekali lagi diheret untuk melakonkan aksi panas selepas percubaan pertamanya dalam Mantra, ia sesuatu yang kurang bijak ditambah pula dia memberi kenyataan sanggup berbuat demikian kerana isteri tak kisah.

Elemen bagi menggambarkan sesuatu unsur khususnya berkaitan seks tidak seharusnya digambarkan dengan membuka baju atau melondehkan seluar bagi menampakkan susuk tubuh.

Ia memadai dengan teknik kamera yang mampu memberi bayangan kepada penonton dengan apa yang diperkatakan. Di situlah terletaknya kebijaksanaan pengarah filem kita apabila berkarya.

Saya percaya ketika dunia menuju kepada arus kemajuan teknologi dan digital, jika masih ada pengarah yang berfikiran sempit ketika menghasilkan karya mereka, filem-filem tempatan tidak akan berkembang,.

Filem dan corak pemikiran masyarakat dengan keadaan semasa harulah seiring. Kita tidak mahu sepuluh tahun akan datang ketika corak berfikir manusia berada di hadapan, pembikin filem masih lagi berfikir dalam suasana atau kepompong hari ini.

Tidak mustahil tarikan orang ramai untuk menonton filem akan menjunam berbanding pada ketika ini apabila menunjukkan peningkatan pada setiap tahun

NIEZAM: Minat filem seram

Awaslah Apabila Bergambar

Menjadi artis bukan mudah. Benda yang tak baik akan mudah orang nampak daripada benda yang mereka buat baik.

Ada artis mengadu kepada saya. Benda yang elok mereka buat, orang tak sibuk pun nak bercerita tetapi kalau ada perkara kurang enak, kecoh satu Malaya.

Saya beritahu artis tersebut, ia adalah hakikat dalam kehidupan umat manusia tak kira di mana saja pun. Manusia lebih suka mendengar kisah yang tidak baik daripada kisah yang baik-baik.

Oleh itu sesiapa yang menjadi artis hendaklah menghindari perkara yang tak baik kalau mereka tak mahu kisah buruk diri mereka diperkatakan oleh ramai.

Dan yang harus dielak apabila ada pihak yang berhasrat untuk mengambil gambar dengan kita kerana gambar-gambar itu boleh dimanipulasikan.

Itulah yang terjadi kepada komposer Ajai apabila tersebar gambar dia dengan seorang wanita. Wanita itu yang siap berbaring atas dada Ajai.

Walaupun Ajai mengakui dia hanya bergambar dengan orang yang paling rapat dengannya, aksi itu akan memberi persepsi negatif kepada diri Ajai sendiri. Orang akan memberi pelbagai tafsiran yang tidak baik kepada Ajai.

Jadi selepas ini Ajai dan sesiapa sahaja hendaklah berhati-hati apabila diminta “berposing” walaupun dengan peminat.

Bukan apa, pada zaman teknologi canggih ini, macam-macam boleh berlaku.

NIEZAM: "Posing" depan cermin cukup la...

Artikel Sebelum

Artikel Lain