suria

Polis Minta Pengedar Jam Loceng Tampil Salur Maklumat Pembelian

KUALA LUMPUR: Polis meminta pengedar jam loceng tampil memberi maklumat jika terdapat mana-mana pihak membeli tiga jam berkenaan secara serentak baru-baru ini.

Jam loceng dalam kes jerangkap rekaan elektrik adalah daripada jenis murah, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah dalam laman Facebook Polis Diraja Malaysia malam Jumaat.

Jerangkap itu menghasilkan tiga letupan pada perhimpunan di pekarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta Isnin lepas, yang mengakibatkan empat orang awam cedera manakala seorang lagi mengalami kejutan, selain kerosakan kecil kepada kenderaan milik orang awam.

Polis meminta orang awam yang pernah atau telah menjual tiga jam loceng murah warna merah, menyalurkan sebarang maklumat kepada DSP Yahya Abdul Rahman di talian 019-4708946 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Pada Khamis, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar menawarkan ganjaran sebanyak RM10,000 kepada pemberi maklumat sehingga tertangkapnya individu yang bertanggungjawab dalam insiden tersebut. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain