Syabu RM5.5 Juta Dirampas Di Makmal Mini Di Mont Kiara - Semasa | mStar

Syabu RM5.5 Juta Dirampas Di Makmal Mini Di Mont Kiara

KUALA LUMPUR: Polis menemui sebuah makmal mini memproses dadah jenis syabu di Mont Kiara di sini dan merampas dadah bernilai RM5.5 juta selepas memberkas seorang lelaki Iran dua hari lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata lelaki berusia 22 tahun itu dipercayai menjadi dalang sindiket dadah antarabangsa telah ditahan polis bantuan kerana dilihat mencurigakan di kawasan bangunan kondominium Solaris Dutamas pada 5.30 petang Rabu lepas.

"Anggota polis bantuan dari Sunrise Berhad merampas dari suspek 12 plastik lutsinar berisi serbuk dan ketulan kristal seberat 10.75 kilogram," katanya kepada pemberita di sini Jumaat.

Satu jam selepas penahanan itu, sepasukan polis dari Kuala Lumpur menyerbu sebuah unit kondominium di Solaris Dutamas, Mont Kiara, dan menemui dadah dipercayai syabu seberat 723.75 gram di atas dua helai kertas untuk proses pengeringan.

Hasil pemeriksaan lanjut, polis turut menemui dua bekas periuk nasi mengandungi bahan mentah syabu seberat 8,700 gram dalam peti sejuk.

Mohmad berkata polis turut merampas 10 botol plastik dua liter yang mengandungi sejenis cecair yang digunakan untuk membersihkan syabu menjadi dadah berkualiti sebelum dijual.

Beliau berkata suspek, yang masuk ke negara ini Oktober tahun lalu menggunakan pas lawatan sosial, didapati positif dadah jenis methamphetamine.

Siasatan juga mendapati suspek baru sahaja mendaftar sebagai pelajar jurusan Bahasa Inggeris di sebuah institusi pengajian tinggi swasta tetapi tidak sempat memulakan pembelajaran.

"Suspek dipercayai aktif mengedar dadah sejak beberapa bulan yang lalu dan kita sedang mengesan rangkaian kumpulan itu," kata Mohdmad.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan suspek ditahan reman sehingga 11 Jan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

Artikel Lain