suria

JKM Pindah Ke Putrajaya Mulai Isnin Ini

KUALA LUMPUR: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang beroperasi di Jalan Raja Laut di sini akan berpindah ke bangunan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) di Putrajaya mulai Isnin ini.

Segala urusan surat-menyurat atau sebarang urusan rasmi kini perlu menggunakan alamat baru iaitu Jabatan Kebajikan Masyarakat, KPWKM, Aras 6, 9-18, No.55 Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya, menurut kenyataan akhbar jabatan itu di sini hari ini.

Orang ramai juga boleh menghubungi pejabat JKM di talian 03-8323 1000 ataupun melayari laman web JKM di www.jkm.gov.my. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain