suria

Borang Bantuan Rakyat 1Malaysia Parlimen Kulim/Bandar Baharu Di 35 Lokasi

KULIM: Sebanyak 35 kaunter dibuka bagi memudahkan penduduk di kawasan Parlimen Kulim/Bandar Baharu mendapatkan borang rasmi Bantuan Rakyat 1Malaysia sebanyak RM500 mulai hari ini hingga 15 Disember ini.

Penyelaras Barisan Nasional Parlimen itu Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno, berkata dengan inisiatif tersebut penduduk tidak perlu ke Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk mendapatkan borang berkenaan.

"Untuk ke pejabat LHDN terdekat di Bukit Mertajam agak jauh dan terpaksa membelanjakan tambang untuk pergi dan pulang. Melalui kemudahan ini mereka cuma pergi ke kantin-kantin sekolah berdekatan untuk mendapatkan borang dan mengisi," katanya kepada Bernama, di sini Jumaat.

Beliau berkata operasi kaunter adalah dari 9.30 pagi hingga 5 petang dan pihaknya juga menyediakan lebih 50 kakitangan sukarela membantu penduduk berurusan.

"Lokasi yang telah ditetapkan adalah 19 dalam DUN Kulim dan 16 dalam DU NBandar Baharu," kata Abdul Aziz.

Kaunter beroperasi di Dewan Pejabat Perpaduan dan Integrasi Daerah Kulim Bandar/Baharu, SJK Tamil Kulim, SK Junjung, SRJK Tamil Sungai Ular, SK Kulim, SRJK Chong Cheng, SK Taman Kenari, SMK St.Patrick, SMK Chio Min, SK Sri Kulim, SMK Vokasional Kulim, SRJK Sin Min di Junjung, SRJK Tamil Ladang Somme di Serdang, SK Sri Lindungan Raja di Sedim, SMK Mahang, SK Ladang Dublin di Mahang, SK Gunung Bongsu, SRJK Khai Min di Karangan dan SK Terap.

Untuk DUN Bandar Baharu di Dewan Pejabat Penerangan Daerah Bandar Baharu, SK Permatang Pasir, SK Datuk Haji Zainuddin di Serdang, Dewan Orang Ramai Sungai Batu, SK Sungai Taka, SK Selama (Kedah), SK Sungai Salleh, SMK Serdang, SK Jalan Selama di Serdang, SK Relau, SK Ayer Poteh, SK Lubuk Buntar, SK Permatang Kerat Telunjuk, SK Sungai Kechil Ulu, Taska Kemas Parit Nibong dan SK Bandar Baharu.

Katanya ketua keluarga perlu membawa salinan dokumen MyKad atau Kad Polis/tentera, MyKad isteri, sijil lahir tanggungan dan penyata gaji (bagi pemohon yang bekerja). - BERNAMA

Artikel Lain