suria

Wanita Thai Yang Mahu Seludup Dadah Ke KL Ditahan Di Alor Setar

ALOR SETAR: Polis menahan seorang wanita Thai yang cuba menyeludup ganja bernilai RM43,000 ke Kuala Lumpur ditahan di Stesen Bas Shahab Perdana di sini Jumaat lalu.

Wanita berusia 29 tahun itu ditahan kira-kira 8.15 malam ketika sedang menunggu bas di stesen tersebut.

Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, hasil pemeriksaan di dalam dua beg pakaian yang dibawa suspek, mendapati terdapat 18 ketulan mampat yang dipercayai ganja seberat 17.4 kilogram disorok bersama pakaiannya.

"Siasatan awal mendapati suspek baru pertama kali masuk ke negara ini pada hari yang sama secara sah dan menggunakan stesen bas Shahab Perdana sebagai tempat persinggahannya sebelum bertolak ke Kuala Lumpur untuk menyerahkan ganja tersebut kepada satu sindiket di sana.

"Suspek kini direman selama tujuh hari bermula Jumaat lepas hingga Jumaat ini bagi memabantu siasatan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini, Ahad.

Wanita berkenaan akan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. - BERNAMA

Artikel Lain