suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tunku Bendahara Terima Darjah Kebesaran Sempena Pelantikan Sultan Kedah

ALOR SETAR: Tunku Bendahara Kedah Datuk Seri Tunku Annuar Sultan Badlishah merupakan antara penerima darjah kebesaran sempena pelantikan Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14.

Adinda kepada Sultan Kedah itu dianugerahkan darjah Utama Seri Mahawangsa Yang Amat Dihormati (D.M.K) yang membawa gelaran Datuk Seri Utama.

Pada istiadat yang sama di Istana Anak Bukit di sini Isnin, Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Tunku Panglima Besar Kedah Datuk Seri Tunku Intan Safinaz Sultan Abdul Halim menerima Darjah Setia Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Yang Amat Dihormati (S.H.M.S), yang membawa gelaran Datuk Seri Diraja.

Isteri Tunku Bendahara, Toh Puan Bendahara Nor Suzana Abdullah, Toh Puan Temenggong Kedah Puan Sri Tengku Maliha Tengku Ariff dan adinda Sultan Kedah, Datuk Tunku Hosna Sultan Badlishah pula menerima Darjah Seri Setia Diraja Kedah Yang Amat Dihormati (S.S.D.K) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Datuk Lela Putra Datuk Tunku Jaafar Laksamana Tunku Nong Jiwa dan Datuk Syed Kamil Syed Noh Shahabuddin menerima Darjah Paduka Seri Setia Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (D.H.M.S) yang membawa gelaran Datuk Paduka. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain