5.2 Juta Rakyat Dijangka Mohon BR1M

KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan menyasarkan 5.2 juta rakyat Malaysia akan mendaftar untuk mendapatkan bantuan kewangan RM500 dari program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Menteri Kewangan Kedua Datuk Sri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, kumpulan sasaran itu terdiri daripada mereka yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 bagi satu isi rumah serta ramai tangunggan, warga emas yang berumur 60 tahun ke atas dan ahli keluarga yang berdaftar di bawah program eKasih.

"Atas tujuan untuk menilai pendapatan sebenar keluarga, hanya ahli keluarga yang bekerja sahaja layak untuk mengisi borang permohonan, bukan seluruh anggota keluarga," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan borang BR1M pada Sabtu.

Ahmad Husni berkata pemprosesan para pemohon akan dilakukan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dan permohonan yang tidak layak boleh dikenal pasti melalui rekod.

"LHDNM mempunyai rekod pendapatan individu yang telah mengisytiharkan jumlah pendapatan mereka dan sebarang permohonan yang tidak layak boleh dikenal pasti dengan serta merta," katanya.

Berdasarkan sasaran yang telah ditetapkan, beliau berkata kerajaan telah menyediakan borang pendaftaran lebih daripada yang diperlukan dan juga tidak mengenakan sebarang cas untuk mendapatkan borang permohonan bantuan kewangan tersebut.

"Setakat hari ini, selain memuat turun dari laman web Kementerian Kewangan, sebanyak 862 kaunter telah dibuka di seluruh negara untuk mendapatkan borang permohonan dan 415 daripadanya adalah di sekolah-sekolah yang terpilih," katanya.

Selain itu, Ahmad Husni juga berkata pembayaran akan dibuat pada pertengahan Januari 2012, tetapi, format pembayaran bantuan kewangan belum diumumkan lagi kerana fokus yang ingin diberikan kepada proses pendaftaran.

Pendaftaran permohonan BR1M akan bermula pada hari ini sehingga 10 Januari 2012 dan sebarang pertanyaan boleh merujuk kepada Talian Hotline BR1M, 1-800-222-500. - BERNAMA

Klik

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain